KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA
Apakah kepentingannya?
Sebagai pekerja, kita terdedah kepada berbagai bahaya. Tempat kerja yang kurang selamat boleh mengakibatkan kemalangan dan memudaratkan kita.
Apakah faedah mempunyai tempat kerja yang selamat?
- Melindungi pekerja
- Meningkatkan produktiviti
- Mengurangkan kemalangan ditempat kerja
- Mengurangkan pembayaran insuran pampasan kerja
- Mengurangkan perbelanjaan perubatan
Bagaimana cara mewujudkan tempat kerja yang selamat?
a- Keselamatan kebakaran
- Pastikan alat pemadam api dan hos di tempat kerja selalu diperiksa
- Paparkan pelan evakuasi semasa kecemasan
- Melakukan latihan kecemasan kebakaran dengan bantuan Jabatan Bomba
- Jangan sama sekali menggunakan sambungan litar eletrik yang melebihi had
- Jangan gunakan sambungan eletrik yang rosak
- Jangan cuba untuk membaiki alat eletrik yang rosak - kerja tersebut hendaklah dilakukan oleh orang yang mahir
- Sentiasa menggunakan alat perlindungan keselamatan diri yang bersesuaian dengan tugas
- Ganti alat perlindungan keselamatan diri yang sudah rosak
- Memberikan latihan tentang penggunaan mesin dengan selamat
- Hindarkan dari membuat pengubahsuaian dan pembaikan sesuatu mesin tanpa kebenaran
e- Penggunaan bahan kimia dengan selamat
- Gantikan bahan kimia yang merbahaya dengan bahan yang lebih selamat jika boleh
- Tandakan semua bekas bahan kimia
- Simpan data keselamatan penggunaan bahan bagi rujukan
- Gunakan alat perlindungan keselamatan diri yang disyorkan jika perlu seperti penutup mulut, sarung tangan, kacamata keselamatan dan sebagainya.